Komen Peminat Inteam

Assalamualaikum dan selamat datang ke ruangan ini.Harapan kami agar anda selaku peminat kami dapat memberikan apa-apa komen mengenai kami mahupun website ini.Jangan jadikan tempat ini sebagai medan pertempuran tetapi jadikan ia medan perkongsian pertukaran maklumat.Jangan ada yang cuba melakukan penyamaran kerana segala penyamaran anda sia-sia."ALLAH LIHAT APA YANG ANDA LAKUKAN". Dari Inteam dan Webmaster "Tegurlah jika ada kesilapan dan berilah pandangan yang berguna untuk kebaikan semua."

Komen Peminat Inteam
Start a New Topic 
Author
Comment
No Subject

assalammualaikum wbt.firstly,saya minta maaf kalau komen saya ini menyinggung perasaan anggota inteam.tak dapat dinafikan,kehadiran inteam telah diterima oleh peminat.saya sendiri pun menyokong kehadiran inteam.tetapi ustazah saya berpendapat mesej yang terkandung didalam lagu pengenalan ablum inteam melalaikan.saya menyarankan agar inteam cuba menjadikan lagu yang lebih sesuai untuk semua golongan sebagai lagu pengenalan ablum inteam yang berikutnya.ini adalah bertujuan supaya semua lapisan masyarakat dapat menyerasikan diri dengan mesej yang terkandung didalam setiap lagu yang inteam bawakan.akhir sekali,saya berdoa supaya inteam dapat mencapai kejayaan didalam setiap perkara yang inteam lakukan.insya Allah.wassalam.