Komen Peminat Inteam

Assalamualaikum dan selamat datang ke ruangan ini.Harapan kami agar anda selaku peminat kami dapat memberikan apa-apa komen mengenai kami mahupun website ini.Jangan jadikan tempat ini sebagai medan pertempuran tetapi jadikan ia medan perkongsian pertukaran maklumat.Jangan ada yang cuba melakukan penyamaran kerana segala penyamaran anda sia-sia."ALLAH LIHAT APA YANG ANDA LAKUKAN". Dari Inteam dan Webmaster "Tegurlah jika ada kesilapan dan berilah pandangan yang berguna untuk kebaikan semua."

Komen Peminat Inteam
Start a New Topic 
Author
Comment
View Entire Thread
Re: Re: hukum Allah lebih utama


Assalamualaikum.Saya sangat bersetuju dengan pendapat hamba Allah ini.Hukum Allah itu lebih utama.Semoga Allah memberi kita petunjuk ke jalan yang benar.Wallahua'lam

--- --- --- --- --- --- --- --- ---

Replying to:


assalamualaikum,


saya setuju juga dengan pendapat ni....


wallahualam.....

--- --- --- --- --- --- --- --- ---

Replying to:

Bismillahirrahmanirrahim




assalamualakum.secara imbasan saya dapat lihat laman ni seperti tak ada topik yg nak dikatakan.itulah..manusia..jikalau tak ada topik yg besara dia akan membincangkan pasal perkara yg kecii seperti..nak berkenalan..gosip..dan sbgnya.ruginya kita semua...


apalah salahnya jika gunakan laman 'komen' ini untuk membincangkan satu topik yg lebih besar yg kebanyakan remaja sudah lalai dan memberikan satu pertanyaan kpd diri diri yg ingin mengetahui iaitulah tntg soal'MUSIK DAN NYANYIAN'.


apabila mrndengar irama nasyid tanah air..seperti nowseeheart,inteam,saujana,UNIC...memberikan satu pertanyan


kpd saya dan rakan rakan adakah ini semua dibolehakan...gitar..piano..lagu cinta.Untuk meleraikan bbrp soalan yg tak terjawab ini..saya dan rakan telah berbincang dan merujuk sebuah buku karangan Yusuf Qardhawi(ulama' mujtahid)iaitu Fatwa masa kini.jadi saya nak berkongsi dgn sahabat lain apa yang sedikit sebanyak yg kami perolehi supaya kta sama sama jauh dr azab Allah.Apa yg kami dapat bahawa..hukum asal hiburan adalah HARUS tetapi ada juga Ulama' yg pegang pendapat yg kuat utk m'jaga wara' m'atakan hukumnya adalah haram .tapi itu hanya pendapat sbhgn ulama'.


APABILA..nasyid atau apa apa jenis lagu yg mampu melalaikan org yg mendengar cthnya sprt lagu CINTA..hukumnya jatuh kpd HARAM dan org yg menyanyikan adalah b'dosa dan mendengr juga adalah b'dosa.kedua,hukum apa apa alat musik yg bertali adalah HARAM dan hukum ini mendpat sepakat ulama' dan tiada ikhtilaf.


Jadi, kpd ahli intam ,UNIC dan hijjaz...berwaspadalah dgn hukum Allah ini.saya t'baca majalah Al islam yg tlh menemuramah kumpulan UNIC yg m'atakan bhw lagu cinta itu adalah utk memenuhi hati hati org alim serta org yg malu utk dengar lagu cintan..adakah ini hanya satu alasan..???padahal hukum Allah adalah lebh utama.Wallahua'lam anda semua tak tahu atau ......Lebih menyedihkan lagi apabila dia mengatakan bhw pihak HIJAZ cop. tlh merujuk kpd majlis fatwa..


Jadi saya rasa hal ini adalah amat penting dan perlu sgt dibawa ke tgh.Takutlah kita dgn azab Allah.Kita menasyid dgn niat b'dakwah tapi dalam masa yg sama kita m'dapat dosa!!!


Harapan saya ahli inteam t'utamaya atau tidak kiralah ahli UNIC atau hijjaz yg t'baca tulisan saya ini yg mungkin lbh b'bentuk komen ini supaya sama sama b'fikir kebali .biarlah dakwah yg kta bawa disertakan dgn pahala dan keberkatan dr Allah.


Semoga ahli inteam yg m'punyai fikrah yg tinggi dapat m'beri sdkt pendapat dan mungkin anda m'punyai hujah sendiri m'apa anda b'buat demikian.


sahabat lain juga diharapkan dapat m'beri pandangandan komen.


Wallahua'lam sama samalah kita memartabatkan industri nasyid bukan hanya pd pandangan manusia tetapi pandangan Allah.


Assalamualaikum