Welcome to My web forum

Bagi para pengunjung yang ingin berdiskusi dengan kami bisa melalui forum ini. Tema yang bisa didiskusikan bisa apa saja mulai dari pribadi sampai yang umum

Welcome to My web forum
Start a New Topic 
Author
Comment
View Entire Thread
Re: Pertemuan ..........>lanjutan Cerita

"Hello !"

"Hello... Azman, ya ?"

"Emmm..."

"Kenapa kau hubungi aku ? Peperiksaan kau bagaimana ?"

"Rindu. Sepi... Dan macam-macam lagi..."

"Kau nak jumpa aku ?"

"Tidak. Masih ada dua kertas lagi."

"Habis ?"

"Kenapa 'ni ? Kau tak **** aku hubungi kau ?"

"Bukan begitu. Aku bimbang pelajaran kau terganggu."

"Tak perlu bimbang, Yati. Kau datang jemput aku hari sabtu ni. Awal pagi lebih baik."

"Kenapa ?"

"Aku ingin ke rumah mu. Bukankah hari sabtu ni cuti ? Aku tunggu di depan Dewan Canselor. Kau tahu tempat itu 'kan ?"

"Peperiksaan kau ?"

"Tamat pagi jumaat."

"Baiklah. Bye."

"Hello ! Hello !..."

"Ayah aku nak guna telefon."

"Ok. Pagi sabtu. Jangan lupa. Bye"

Satu lagi pertemuan dijanjikan. Menanti hari itu datang amatlah menyiksakan. Apa lagi kalau fikiran sentiasa padanya, melenyapkan tumpuan pada yang lain. Aku tiba-tiba khuatir terhadap kemungkinan keputusan peperiksaan ku. Apakah kemunculannya dalam hidup ku merupakan suatu perangsang atau gangguan ? Aku tidak dapat menjawabnya. Tetapi yang ketara, perjalanan hidup ku semakin berubah. Sikap ku seolah-olah dirangsang oleh sesuatu yang baru pertama kali ku rasa. Bukankah pertemuan itu yang memulakannya ? Pun aku tidak pasti. Mungkin aku telah memikirkannya lama dulu sebelum kemunculannya.

"Kau berubah lagi pagi ini," kata ku, ketika duduk di sebelah kirinya. "Bila kau lulus ujian memandu ?"

"Biasa saja. Dua tahun lepas. Kita mesti cepat sedikit. Ibu ku perlukan kereta ini untuk ke mesyuarat persatuan. Pasanglah talipinggang keledar tu."

Aku menurut perintahnya. "Ayah kau ada di rumah ?"

"Tiada."

"Adik kau ?"

"Dia ke sekolah. Ada latihan sukan. Tengahari baru balik."

"Kalau begitu kita batalkan sajalah."

"Kenapa ni ? Engkau takut ? Malu ? Dulu pun kita selalu berdua di rumah ku."

"Maksud kau, semasa masih budak-budak !" Aku mulai resah dan bercadang membatalkan tujuan ku.

"Kau tak perlu bimbang. Orang gaji ku ada di rumah."

"Mengapa tak cakap awal-awal tadi ?"

"Saja..."

"Kau sengaja ingin mempermainkan perasaan ku."

Dia tertawa kecil. Aku memandang keluar kenderaan yang sedang meluncur laju itu.

"Marah ?" Dia bertanya lembut.

Aku diam. Tetapi aku dapat memahami renungannya. Tiba-tiba kami tertawa serentak seolah-olah mengingati perkara yang sama.

Masih terbayang peristiwa tujuh tahun dulu. Dia menangis pabila aku mentertawakannya kerana di suruh melakunkan peranan lelaki oleh guru bahasa kami. Aku tahu dia memang tidak mempunyai bakat lakunan. Dia berjanji akan membalas dendam. Tetapi den****ya tidak sempat dibalas kerana aku berjaya memujuknya. Selepas peristiwa itu persahabatan kami pun bertambah erat. Nampaknya dendam itu telah terbalas kini.

Rumah banglo bersaiz sederhana itu ku lihat agak terpencil kedudukannya dari jalan utama ketika kami sampai. Suasana di dalamnya juga sunyi dan tiada siapa yang menyambut kami di muka pintu. Katanya, orang gajinya mungkin sibuk di dapur menyediakan hidangan tengahari.

"Kau gembira bila kita selalu bersama begini ?" Aku memulakan. Cuba menyungkil perasaan hatinya.

Ku lihat dia masih sibuk menuangkan minuman ke dalam gelas ku seolah-olah tidak mendengar pertanyaan ku.

"Jemputlah minum," katanya tanpa memperdulikan pertanyaan ku tadi.

"Terimakasih. Kau belum jawab soalan ku tadi."

Aku membiarkan saja gelas yang penuh itu di atas meja. Melihat aku merenungnya, dia terus mengambil dan menghulurkannya kepada ku.

"Kau inginkan jawaban ? Seperti dulu juga. Aku tak berubah."

"Maksud kau, kau gembiralah."

"Entah."

Aku terdiam. Terasa benar dia telah pandai bermain kata-kata. Aku menyambut gelas di tangannya. Meneguk sedikit dan meletakkannya kembali di atas meja.

"Kau telah banyak berubah, Yati."

"Apa maksud kau ?"

"Dari setiap pertemuan kita, aku belum menemui Yati seperti tujuh tahun dulu."

"Kau mahu aku kekal seperti dulu, seperti tujuh tahun dulu ?"

"Tidak. Tetapi aku lebih gembira bersama kau tujuh tahun dulu."

"Kalau begitu kau juga telah berubah. Dulu kau selalu memuji setiap perubahan pada diri ku."

"Tapi tak sama seperti sekarang." Aku memintas.

Bicara itu menjadi mati. Aku merenung ke arahnya. Melihat perubahan di wajahnya. Sinar matanya membayangkan kesayuan hati yang luka. Atau mungkin satu kerinduan yang telah lama terpendam.

"Sepatutnya kita tidak membicarakan soal-soal peribadi begini. Kau masih tak mengerti, Man." Kata-katanya di lafazkan perlahan-lahan. Dia tunduk merenung lantai ruang tamu rumah banglo itu.

Aku menjadi terharu melihat kesayuan di wajahnya.

"Maafkan aku, Yati. Aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi."

Memang dia telah banyak berubah. Adakah perubahan itu kerana kehadiran ku ? Atau mungkinkah tempoh tujuh tahun itu telah banyak merubahnya ? Yang ketara aku masih tak m