Welcome to My web forum

Bagi para pengunjung yang ingin berdiskusi dengan kami bisa melalui forum ini. Tema yang bisa didiskusikan bisa apa saja mulai dari pribadi sampai yang umum

Welcome to My web forum
Start a New Topic 
Author
Comment
View Entire Thread
Re: Memori Di Perantauan.........> Lanjutan cerita

Oktober 1999

Sah! aku dengan Havezza dah declare hubungan kami nih... aku suruh dia tunggu 3, 4 tahun lagi lepas tu baru boleh fikir pasal kahwin, Senyum memanjang dia.Aku pun ada tanggungjawab lagi ni, nak kasi makan mak abah lagi adik-adik aku.lepas tu nak kumpul duit nak jaga dia.Ingat senang ke nak kasi makan anak orang nih, kang kalau aku buat hal sikit, silap hari bulan kena cepuk oleh mak bapak dia. Dia pun setuju lagipun katanya lepas ni dia nak kerja,nak tolong aku belanja kahwin... mak aii! Baiknya girlfriend aku ni. Lupa pulak hujung bulan ni aku nak pergi lawat Along, aku pergi sekejap saja. Dua hari ajer sebab ada hal lain. Aku tengok Along sihat... Ala... apa nak heran Wellington tu banyak kedai melayu. Senang! menurut Along dia duduk dekat hostel. Dekat dengan kampus. Elok lah tu lagipun dia tu pompuan, kalau duduk sendiri ni payah. Sempat jugak aku ngan Izham melawat Christchurch. Ehh!! Rindu pulak aku dengan Havezza. Apa khabar agaknya dia sekarang nih? Rindu pulak aku nak tengok dia merajuk...

November 1999

Graduation Day... aku mengenakan pakaian formal hari ni, wajib! Kemeja putih, tali leher maroon, siap pakai kot lagi, semua ni Havezza ler punya angkara. Beria-ia benar dia menyiapkan pakaianku malam tadi. Izham pun tak kurang hebat. Handsome jugak aku nih. Aku tersenyum sendiri. Ezza berikan aku seutas jam. Makin sayang pulak aku pada dia. Isshh... bila tengok dia senyum tergugat iman... aku berjanji akan menyayangi dirinya. Lepas graduation day tu aku dapat surat dari kampung, abah suruh aku balik cepat. Ada kerja menanti aku di Malaysia. Sedih pulak nak tinggalkan bumi kanggaro ni. Seronok nak balik Malaysia tapi... terpaksa tinggalkan orang tersayang pulak... nasib badan... Aiseyman... nampaknya aku jugak laa menanggung rindu. Sejak aku nak balik ni tiap hari aku keluar dating dengan Ezza, pergi makan-makan dekat Queens, lepas tu tengok gelagat orang dekat King George Street, tengok movie, lepas tu jalan-jalan dekat Opera House. Macam dah jadi rutin kena jumpa Ezza tiap hari sebelum aku balik. Aku tak lupa juga belikan buah tangan untuk keluarga di kampung. Tak banyak pun sikit jadilah. Ezza banyak tolong bayar. Hehehehe... sape tak sayang boyfriend.

Disember 1999

Diam tak diam... habis jugak masa empat tahun aku duduk kat oversea nih. Hujung bulan ni aku dah nak balik. Barang banyak yang dah packing. Separuh dari nota aku, Ezza minta nak buat rujukan. Dengarnya aku balik ni tak sendirian bebudak lain pun balik sekali. Jadi tak delah risau sangat. Kesian pulak aku tengok Ezza menangis sebab risau aku tinggalkan dia .Tapi aku dah janji dengan dia akan selalu contact guna email ke phone ke surat... Baru dia senyum sikit, kalau tak asyik sedih ajer aku tengok... ala dia pun duduk sini setahun lagi lepas tu mesti aku boleh jumpa dia balik. Tunggu ajer laa..walau macamana pun aku nak Ezza tahu yang aku benar-benar menyintai dirinya... aku berjanji akan hidup bersamanya. Selagi ombak menghempas pantai, selagi pantai setia menanti ombak, aku akan tetap mengasihi dirinya. Hanya takdir yang mampu memisahkan kami. Havezza McQuistan Abdullah, namamu tetap terpahat di ingatan sayangku... Ya Allah! Satukanlah cinta kami berdua. Aidilfitri yang bakal menjelang ini bakal menemukan kami beruda dalam ikatan abadi. Aku harap begitulah.

Anak Rantau...
Faizairy Abdullah
Sydney, Australia
January2000