Welcome to My web forum

Bagi para pengunjung yang ingin berdiskusi dengan kami bisa melalui forum ini. Tema yang bisa didiskusikan bisa apa saja mulai dari pribadi sampai yang umum

Welcome to My web forum
Start a New Topic 
Author
Comment
Memori Di Perantauan

Memori Di Perantauan
( i )

Januari 1999

Tahun baru. Aku rasa macam tak percaya. Tahun ni merupakan tahun terakhir aku menuntut di sini, University of Technology , Sydney. Empat tahun berada di perantauan membuatkan aku lebih matang dalam menilai erti kehidupan yang sebenar. Bak kata orang tua-tua, jauh berjalan bertambah pengalaman. Tahun ni aku kena study lebih kalau tak, sia-sia perjuangan aku selama ni .Ingat senang ke belajar kat oversea ni. Beribu yang memohon .Syukurlah aku antara yang terpilih. Erry akan buktikan pada mak dan abah pengorbanan mak dan abah tak akan sia-sia. Awal tahun ni kira boleh relax sikit. Class pun tak mula mana. Enjoy dulu.Tak lama lagi bulan Ramadhan. Hmm..nampaknya raya sendiri lagi ler.

Februari 1999

Class! Tutorial! pening kepala di buat nya. Raya macam tak raya, nasib baik mak ada kirimkan sepasang baju melayu buat sembahyang di pagi raya nanti. Siap kirim tart nenas dan kuih samperit lagi ..kuih kegemaranku. Ni yang buat aku sayang kat mak. Tak pe mak... tahun depan Erry beraya dengan family. Tunggu aje laa. Lepas je sebahyang raya aku dan member-member lain beraya kat Malaysia Hall. Sinilah tempat kami mengadu masalah, menumpang kasih dan beramah mesra. Seronok jugak. Dapat merasa serunding, ketupat, rendang, kuah sate dan berjenis kuih raya. Hilang kerinduan pada mak abah sekejap. Izham ingatkan aku tentang exam lepas raya ni. Alamak..tak boleh lah nak rehat sikit. Nak buat macamana lecturer mat saleh ni bukan tau kita beraya. Aku senyum saje.Izham sampaikan pesan , ada budak perempuan kirim salam kat aku. Dia berkenan masa tengok aku kat Malaysia Hall.

Mac 1999

Alhamdulillah... exam dah lepas. Aku buat yang terbaik untuk diriku... ni bukan final exam ..baru midterm-exam. Hmm..aku dapat kad dari Havezza. Aik! sape lak dia ni...? Menurut Izham, dia study sama dengan aku. Tapi lain course, dia ambik course Multimedia Creative, third year. Kira junior aku la... aku tak penah lagi tengok Havezza nih... nama macam anak kacukan. Izham kata aku beruntung sebab ada yang berkenan. Aku senyum gembira. Tengok orang laa! Kan ke aku ni hensem.Dah selalu Havezza berkirim salam kat aku... yang jadi mangsanya Izham ler... posmen tanpa gaji, dah dia yang selalu terserempak ngan Havezza nak buat camana. Bila Izham berungut aku kata, nanti aku belanja dia makan kat Steel. Senyap terus member aku yang sorang nih. Aku dan Izham memang rapat. Kami teman serumah, sebilik, sekampung dan yang penting tak de rahsia antara kami berdua. Dah tu pulak dibesarkan di tempat yang sama. Mungkin sebab itu aku lebih rapat dengan Izham berbanding rakanku yang lain. Havezza! Indah namamu... bila agaknya kan bersua muka?

April 1999

Cuti semester. Aku kerja partime dekat Strawberry Garden. Kerja senang ajer, kutip strawberry .Best aper..sesambil tu boleh makan sekali. Dapatlah 180 dollar seminggu, sape nak kasi..Duit scholarship yang JPA kasi pun seminggu tak banyak macam tu.Kire oklah tuh. Lagipun lepas untuk duit makan aku selama 2,3 hari dengan duit rumah. Bulan ni aku busy sikit. Bukan kerana assignment atau tutorial tapi sebab ada match bola dengan student Malaysia di University Of Queensland hujung bulan ni. Aku jadi capten pasukan, so kena lah tunjukkan tauladan yang baik sikit pada bebudak junior bawah aku..Izham jadi penolong jurulatih. Nasib baik dia ada. Tiap petang kami kena turun padang. Dengar khabar bebudak UOQ tu handal bab main bola ni. Aku harap sangat kami menang lantaran aku yang buat proposal untuk pertandingan ni kalau kalah ..malu beb!! Macam biasa, aku makin kerap terima kad dari gadis misteri tuh..kali ni siap kasi coklat lagi... aiseyman... aku bukan **** sangat makan coklat nih...tapi nak jaga hati kena ambik jugak kang merajuk pulak Havezza tu.

Mei 1999

Yes! Team aku menang jugak match bola bulan lepas. Aku dapat kiriman bunga dari Havezza... aik! pelik..pompuan kasi laki bunga... tapi nak kata ape kan..dah nasib. Tapi bukan bunga ros, bunga lily. Aku ambik ajer... lepas ni tak delah lagi aktviti lain... selain dari project dan tutorial yang semakin tak mengenal kesian... tapi aku bersyukur sebab lecturer aku tak pilih kasih dalam bab nih... semua sama rata... tak kira laa omputih ke asian ke... adil! tu yang best tu. Dapat surat dari Along. Kakak aku tu dapat offer buat TESL kat New Zealand, Alhamdulillah. Gembira jugak aku dengar berita ni. Bertambah lagi rezeki keluarga aku... Bulan depan dia berangkat, nampaknya tak sempat laa aku jumpa Along. Tapi nak bimbang ape. Australia dengan negara kiwi tu tak jauh mana. Nanti kalau free tu boleh juga aku melawat Along. Aku pun bukan tak penah pergi Wellington... ajak Izham mesti dia nak. Dapat lagi surat dari Havezza.

Jun 1999

Mr.Smith puji projek aku. Yes! Malaysia Boleh. Aku dapat markah tinggi dalam kelas. Semua tu tunjuk ajar dan bantuan dari semua.Tak sangka juga project aku tu boleh kena terima. Tak sia-sia aku tak tidur sehari suntuk dek kerana nak habiskan project tuh.Menurut Izham sebabkan

Re: Memori Di Perantauan.........> Lanjutan cerita

Oktober 1999

Sah! aku dengan Havezza dah declare hubungan kami nih... aku suruh dia tunggu 3, 4 tahun lagi lepas tu baru boleh fikir pasal kahwin, Senyum memanjang dia.Aku pun ada tanggungjawab lagi ni, nak kasi makan mak abah lagi adik-adik aku.lepas tu nak kumpul duit nak jaga dia.Ingat senang ke nak kasi makan anak orang nih, kang kalau aku buat hal sikit, silap hari bulan kena cepuk oleh mak bapak dia. Dia pun setuju lagipun katanya lepas ni dia nak kerja,nak tolong aku belanja kahwin... mak aii! Baiknya girlfriend aku ni. Lupa pulak hujung bulan ni aku nak pergi lawat Along, aku pergi sekejap saja. Dua hari ajer sebab ada hal lain. Aku tengok Along sihat... Ala... apa nak heran Wellington tu banyak kedai melayu. Senang! menurut Along dia duduk dekat hostel. Dekat dengan kampus. Elok lah tu lagipun dia tu pompuan, kalau duduk sendiri ni payah. Sempat jugak aku ngan Izham melawat Christchurch. Ehh!! Rindu pulak aku dengan Havezza. Apa khabar agaknya dia sekarang nih? Rindu pulak aku nak tengok dia merajuk...

November 1999

Graduation Day... aku mengenakan pakaian formal hari ni, wajib! Kemeja putih, tali leher maroon, siap pakai kot lagi, semua ni Havezza ler punya angkara. Beria-ia benar dia menyiapkan pakaianku malam tadi. Izham pun tak kurang hebat. Handsome jugak aku nih. Aku tersenyum sendiri. Ezza berikan aku seutas jam. Makin sayang pulak aku pada dia. Isshh... bila tengok dia senyum tergugat iman... aku berjanji akan menyayangi dirinya. Lepas graduation day tu aku dapat surat dari kampung, abah suruh aku balik cepat. Ada kerja menanti aku di Malaysia. Sedih pulak nak tinggalkan bumi kanggaro ni. Seronok nak balik Malaysia tapi... terpaksa tinggalkan orang tersayang pulak... nasib badan... Aiseyman... nampaknya aku jugak laa menanggung rindu. Sejak aku nak balik ni tiap hari aku keluar dating dengan Ezza, pergi makan-makan dekat Queens, lepas tu tengok gelagat orang dekat King George Street, tengok movie, lepas tu jalan-jalan dekat Opera House. Macam dah jadi rutin kena jumpa Ezza tiap hari sebelum aku balik. Aku tak lupa juga belikan buah tangan untuk keluarga di kampung. Tak banyak pun sikit jadilah. Ezza banyak tolong bayar. Hehehehe... sape tak sayang boyfriend.

Disember 1999

Diam tak diam... habis jugak masa empat tahun aku duduk kat oversea nih. Hujung bulan ni aku dah nak balik. Barang banyak yang dah packing. Separuh dari nota aku, Ezza minta nak buat rujukan. Dengarnya aku balik ni tak sendirian bebudak lain pun balik sekali. Jadi tak delah risau sangat. Kesian pulak aku tengok Ezza menangis sebab risau aku tinggalkan dia .Tapi aku dah janji dengan dia akan selalu contact guna email ke phone ke surat... Baru dia senyum sikit, kalau tak asyik sedih ajer aku tengok... ala dia pun duduk sini setahun lagi lepas tu mesti aku boleh jumpa dia balik. Tunggu ajer laa..walau macamana pun aku nak Ezza tahu yang aku benar-benar menyintai dirinya... aku berjanji akan hidup bersamanya. Selagi ombak menghempas pantai, selagi pantai setia menanti ombak, aku akan tetap mengasihi dirinya. Hanya takdir yang mampu memisahkan kami. Havezza McQuistan Abdullah, namamu tetap terpahat di ingatan sayangku... Ya Allah! Satukanlah cinta kami berdua. Aidilfitri yang bakal menjelang ini bakal menemukan kami beruda dalam ikatan abadi. Aku harap begitulah.

Anak Rantau...
Faizairy Abdullah
Sydney, Australia
January2000